Tentera Udara Diraja Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search
Bendera(Ensign)Tentera Udara Diraja Malaysia
Bendera(Ensign)Tentera Udara Diraja Malaysia
Roundel Digunakan Oleh TUDM Dicirikan Oleh Bintang Bucu 14 Persekutuan Malaysia
Roundel Digunakan Oleh TUDM Dicirikan Oleh Bintang Bucu 14 Persekutuan Malaysia
Lambang Digunakan Di Ekor Pesawat TUDM (fin flash)
Lambang Digunakan Di Ekor Pesawat TUDM (fin flash)

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan dengan pertahanan udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkutan.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

[Sunting] Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pentadbiran British untuk membantu pertahanan negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu. Pasukan ini dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat Hawker Hart.

[Sunting] Tentera Udara Sukarelawan Malaya

Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesarkan menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteer Air Force (MVAF)) dan menerbangkan pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard Moth dan Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa Kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan di Sumatra apabila berhadapan dengan pasukan udara yang jauh lebih besar dan moden.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

[Sunting] Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan". Seorang pegawai Tentera Udara Diraja British, Komodor Udara A.V.R Johnstone dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk mengetuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Kerajaan. Komodor Udara A.V.R Johnstone kemudiannya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang pertama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancangan perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.

Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tentera Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota uyang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil anggota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan November 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhidmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim Heng Lip, Sarjan Subramaniam, Koperal Othman Mohd Ismail, Koperal Wan Said, Corporal Koperal JD Parsley, Koperal Mahadeven, Laskar Kanan (SAC) Surindam, Laskar Kanan Md Noor, Laskar Kanan Zainal, Laskar Kanan Mohd Hussain and Juruteknik Rendah (JT) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk Sulaiman bin Sujak.

Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis  Twin Pioneer
Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis Twin Pioneer

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Pada ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.

Pesawat Tebuan adalah pengembangan pesawat latihan Canadair Tutor dan sudah disarakan daripada perkhidmatan
Pesawat Tebuan adalah pengembangan pesawat latihan Canadair Tutor dan sudah disarakan daripada perkhidmatan

Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur dengan penghantaran 20 buah pesawat CL41-G Tebuan yang dibuat di Kanada. Pesawat ini adalah satu pengembangan pesawat latihan jenis Canadair Tutor, dan diberikan enjin yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan stesen persenjataan di sayap yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, No. 6 Skuadron dan No. 9 Skuadron. TUDM merupakan pengguna tunggal pesawat CL41-G Tebuan .

Pesawat Alouette III kini digunakan untuk latihan sementara 11 buah telah dipindahkan perkhidmatan kepada Pasukan Udara Tentera Darat
Pesawat Alouette III kini digunakan untuk latihan sementara 11 buah telah dipindahkan perkhidmatan kepada Pasukan Udara Tentera Darat

Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Aérospatiale Alouette III yang digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.

[Sunting] Tentera Udara Diraja Malaysia

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.

Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan helikopter komunikasi jenis Aérospatiale Alouette III, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat Handley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikan pesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang Dassault Mirage III-EO). Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canada DHC-4A Caribou (versi yang hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).

Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa 31 orang anggota tentera infantri ataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan.

[Sunting] Pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapkan pertahanan udara Malaysia yang diberikan oleh Tentera Udara Diraja British dan kemudiannya oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF menempatkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 Tentera Udara Diraja Australia dengan pesawat pejuang Mirage III di TUDM Butterworth. Selepas Setiausaha Pertahanan Denis Healy mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM melihat untuk mengambil alih tanggungjawab pertahanan udara.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye.

Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju diberikan menggunakan pesawat Aermacchi MB339AM yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Daripada 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

[Sunting] Teknologi Moden

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian misil udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut disekat oleh Amerika Syarikat yang tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut kerana bantahan daripada Singapura. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F-18 tetapi hanya dengan pembekalan misil jenis semi aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM.

Dasar kerajaan Amerika ini memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan udara rapat yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority) . Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini kemungkinan besar akan ditempatkan di pangkalan baru di TUDM Gong Kedak. Untuk tujuan ini, No. 17 Skuadron dibubarkan dan pesawat Mig-29N yang digunakan dipusatkan di no. 19 Skuadron di Kuantan. No. 17 Skuadron akan dibentuk semula dengan pesawat Sukhoi Su-30MKM di TUDM Gong Kedak.

TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut bear jenis A400M dari Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.

Pesawat EMB-145 MPA juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .

TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan [[Boeing] membeli semula pesawat F-18D yang digunakan oleh TUDM. Sehingga ini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini.

Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang.

Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.

[Sunting] Organisasi

TUDM disusun menjadi beberapa Divisyen mengikut kelengakapan dan tugasan yang diberikan.

[Sunting] Divisyen Pertama

[Sunting] TUDM Subang

[Sunting] TUDM Kuala Lumpur

[Sunting] TUDM Butterworth

[Sunting] TUDM Kuantan

[Sunting] Divisyen Kedua

[Sunting] TUDM Kuching

No. 7 Squadron S-61A4A Nuri Kuching AB

[Sunting] TUDM Labuan

[Sunting] Divisyen Latihan

[Sunting] Pangkalan

TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :

[Sunting] Aset TUDM

[Sunting] Pesawat Pejuang

Pesawat Sukhoi Antara Yang paling moden Di Dunia
Pesawat Sukhoi Antara Yang paling moden Di Dunia
  • 18 x Sukhoi SU-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)
    TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi SU-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan persenjataan moden seperti misil “BVR” dan “active homing radar” seperti mana teknologi misil AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales.
Pesawat Mig-29N Milik TUDM membuat pendaratan semasa pertunjukan di LIMA
Pesawat Mig-29N Milik TUDM membuat pendaratan semasa pertunjukan di LIMA
  • 14 x Mikoyan-Gurevich]] MiG-29N
    TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan jualan misil AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing F-18 Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan – MTBO ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.
  • 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB
    versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.
Pesawat F-18D TUDM digunakan untuk operasi serangan termasuk serangan apda waktu malam
Pesawat F-18D TUDM digunakan untuk operasi serangan termasuk serangan apda waktu malam
  • 8 x Boeing F/A-18D Hornet
    8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway II.
Pesawat Hawk Digunakan Untuk Misi Serangan dan Misi Serangan Bantuan Rapat
Pesawat Hawk Digunakan Untuk Misi Serangan dan Misi Serangan Bantuan Rapat
Pesawat MB 339A melatiha juruterbang "fast jet"
Pesawat MB 339A melatiha juruterbang "fast jet"
Pesawat F5E Tiger II membawa TUDM ke zaman penerbangan Supersonik
Pesawat F5E Tiger II membawa TUDM ke zaman penerbangan Supersonik
  • 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)
    TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.
  • 8X Aermacchi MB 339CD (pesanan baru)
    pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalanagan.

[Sunting] Pesawat Pengangkutan

Lockheed Hercules Memikul Beban Misi Pengangkutan Udara TUDM
Lockheed Hercules Memikul Beban Misi Pengangkutan Udara TUDM
  • 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
    Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.
  • 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
    Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
Digunakan untuk tujuan komunikasi
Digunakan untuk tujuan komunikasi
  • 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
    pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.
Menggantikan pesawat DHC4 Caribou yang bersara
Menggantikan pesawat DHC4 Caribou yang bersara
  • 8 x Airtech CN235-220M
    Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Gerup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.
  • 2 x Airtech CN235-220M (VIP)
    Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.
Pesawat 737-700 BBJ digunakan TUDM untuk penerbangan rasmi ketua-ketua kerajaan Malaysia.
Pesawat 737-700 BBJ digunakan TUDM untuk penerbangan rasmi ketua-ketua kerajaan Malaysia.
  • 1 x Boeing BBJ (VIP)
    Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.
  • 1 x Bombardier Global Express (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
    Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.
  • 2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
    Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.
  • 4 x Airbus Military A400M (dipesan)

[Sunting] Pesawat Ronda Maritim

  • 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
    pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.
  • 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
    Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.

[Sunting] Helikopter

Helikopter Nuri Telah Banyak Berjasa Dan Hendak Digantikan Dalam Perkhidmatan TUDM
Helikopter Nuri Telah Banyak Berjasa Dan Hendak Digantikan Dalam Perkhidmatan TUDM
  • 28 x Sikorsky S61A-4 Nuri (pengangkutan)
    Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan pemasangan usungan (litter). TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC725, the AgustaWestland EH101, Sikorsky S-92 and the NH Industries NH90.
  • 6 x Sikorsky S61A-4 Nuri (CSAR)
    Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat termasuk operasi menyelamat di dalam waktu tempur dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk pertahanan sendiri.
  • 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
    Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter S-61A Nuri yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.
Helikopter S-70 Dibeli Oleh kerajaan Malaysia Untuk Kegunaan VIP
Helikopter S-70 Dibeli Oleh kerajaan Malaysia Untuk Kegunaan VIP
  • 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
    Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.

[Sunting] Pesawat Latihan

kapalterbang Pilatus PC-7 Digunakan Untuk Latihan Juruterbang. Pesawat ini juga Boleh Dilengkapkan Senjata Dan Digunakan Sebagai Pesawat Penyerang Ringan
kapalterbang Pilatus PC-7 Digunakan Untuk Latihan Juruterbang. Pesawat ini juga Boleh Dilengkapkan Senjata Dan Digunakan Sebagai Pesawat Penyerang Ringan
  • 36 x Pilatus PC-7
    TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang ab initio di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara) sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.
  • 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
    TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.
Kapalterbang MD3-160 Aerotiga Dibuat di Malaysia Dan Digunakan TUDM Untuk Latihan Permulaan Bagi Juruterbang
Kapalterbang MD3-160 Aerotiga Dibuat di Malaysia Dan Digunakan TUDM Untuk Latihan Permulaan Bagi Juruterbang
  • 20 x MD3-160 Aerotiga
    TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.

[Sunting] UAV

TUDM mempunyai 3 buah pesawat UAV Eagle
TUDM mempunyai 3 buah pesawat UAV Eagle
  • 3 x CTRM Eagle ARV (UAV)
    TUDM menggunakan beberapa buah pesawat UAV dalam peranan peninjauan.

[Sunting] Persaraan Pesawat Dan Pindahan Milik

TUDM telah memindahkan 11 buah helikopter jenis SA316B Allouette III kepada Tentera Darat Malaysia untuk melengkapkan buat permulaan Pasukan Udara Tentera Darat. Bersama-sama dengan pesawat helikopter tersebut, TUDM telah membenarkan juruterbang jurulatih Allouette III berpindah khidmat ke perkhidmatan Pasukan Udara Tentera Darat untuk menjadi nukleus kepada penubuhan Pasukan Udara Tentera Darat. TUDM juga telah menyerahkan pusat latihan di Kem Mahkota, Kluang kepada pentadbiran dan pengurusan sepenuhnya oleh Tentera Darat Malaysia.

Pesawat DHC-4 Caribou telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TUDM setelah beberapa lama berkhidmat. Perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou telah diambil alih sebahagiannya oleh pesawat CN-235 yang melengkapkan No. 21 Skuadron TUDM.

[Sunting] Pesawat-pesawat yang Digunakan Oleh TUDM

Sila lihat Rencana Utama

TUDM telah di masa-masa lepas menggunakan antara lainnya, pesawat-pesawat seperti berikut :

Pesawat Pejuang

Pesawat Tebuan merupakan pesawat tempur pertama dimilik oleh TUDM
Pesawat Tebuan merupakan pesawat tempur pertama dimilik oleh TUDM
  • Canadair CL-41G Tebuan
    TUDM membuat pembelian 20 buah pesawat CL-41G Tebuan yang mula digunakan dalam tahun 1967. Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja. TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB339A
Pesawat Sabre memberikan TUDM Kemampuan Pertahanan Udara
Pesawat Sabre memberikan TUDM Kemampuan Pertahanan Udara
  • CAC Avon Sabre
    Kerajaan Australia telah menghadiahkan 19 buah pesawat CAC Avon Sabre kepada TUDM untuk digunakan sebagai pesawat pejuang pertahanan udara. TUDM menggunakan pesawat Avon Sabre hanya sekejap sahaja, dari tahun 1969 hingga tahun 1976. TUDM menghentikan perkhidmatan Sabre setelah menerima pesawat-pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II.
Pesawat Skyhawk banyak berjasa walaupun hanya berkhidmat selama 11 tahun
Pesawat Skyhawk banyak berjasa walaupun hanya berkhidmat selama 11 tahun
  • A-4PTM Skyhawk
    TUDM membeli 88 buah pesawat A-4C dan A-4L milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan menggunakannya untuk membaik pulih 40 buah pesawat kepada standard A-4PTM, yang hampir serupa dengan standard A-4M digunakan oleh Amerika Syarikat. 36 buah dibuat dalam versi satu tempat duduk sementara 6 buah yang lain dibuat dalam versi TA-4PTM dengan dua tempat duduk. Penggunaan pesawat Skyhawk bermula tahun 1985 tetapi tidak berpanjangan disebabkan oleh masalah-masalah teknikal dan dihentikan dalam tahun 1996 apabila TUDM menerima pesawat BAe Hawk.

Pesawat Pengangkutan

Pesawat Twin Pionner Adalah Pesawat Pertama Digunakan oleh TUDM
Pesawat Twin Pionner Adalah Pesawat Pertama Digunakan oleh TUDM
  • Scottish Aviation Twin Pioneer
    Hanya 93 buah pesawat Twin Pioneer, dan TUDM menggunakan 15 buah pesawat jenis ini. Pesawat ini menggunakan enjin omboh (radial) dan mempunyai keupayaan mendarat dan berlepas dari landasan yang pendek. Pesawat ini boleh membawa 13 orang penumpang ataupun 11 orang askar payung terjun. Dalam versi medevac, pesawat ini boleh membawa6 pesakit dalam usungan (strecther). TUDM menamatkan perkhidmatan pesawat Twin Pioneer dalam tahun 1970.
  • Scottish Aviation Single Pioneer
    TUDM menerima penghantaran 8 buah pesawat Pioneer dalam tahun 1958. Pesawat Pioneer mempunyai kebolehan mendarat dan berlepas daripada landasan-landasan pendek dan tidak rata dan boleh membawa 4 orang penumpang. Pesawat ini digunakan untuk tujuan perhubungan. Perkhidmatan pesawat ini dihentikan dalam tahun 1972.
Pesawat Dart Herald TUDM Digunakan Juga Sebagai Pesawat Peninjau Semasa Konfrontasi
Pesawat Dart Herald TUDM Digunakan Juga Sebagai Pesawat Peninjau Semasa Konfrontasi
  • Handley Page Dart Herald
    TUDM membuat belian 8 buah pesawat Handley Page Dart Herald Siri 401 untuk kegunaan pengangkutan kakitangan khususnya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Handley Page Dart Herald Sr. 401 TUDM disesuaikan sebagai pengangkut kegunaan tentera dengan pintu muatan di sebelah tepi pesawat dan boleh membawa 50 orang askar payung terjun. Pesawat ini juga boleh disesuaikan untuk pemasangan 24 tempat pengusung.

    TUDM menggunakan Dart Herald dari tahun 1963 sehingga 1976, apabila ianya bersara daripada perkhidmatan TUDM setelah penerimaan pesawat-pesawat C-130 Hercules. Semasa Konfrontasi, pesawat Dart Herald juga digunakan dalam operasi peperangan psikologi dan juga menjalankan penerbangan tinjauan. Pesawat Dart Herald ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1976 dan kesemua 8 buah pesawat dijualkan kepada sebuah syarikat British bernama Channel Express (Air Services) Ltd yang menggunakannya untuk penerbangan penumpang.
TUDM menggunakan Pesawat Caribou Untuk Tugas-Tugas Pengangkutan
TUDM menggunakan Pesawat Caribou Untuk Tugas-Tugas Pengangkutan

Pesawat Rondaan Maritim

'Pesawat Latihan

  • Hunting Piston Provost

Helikopter

  • Bell 47G-5A
    Helikopter ini digunakan untuk latihan juruterbang helikopter TUDM, dan beroperasi dari kem Mahkota di Kluang.

[Sunting] Rejimen TUDM

Imej:RejimenTUDM.jpg
Rejimen TUDM Ditugaskan Dengan keselamatan Pangkalan TUDM

TUDM mempunyai 3 rejimen tentera dikenali sebagai Rejimen TUDM untuk mengendalikan keselamatan dan pertahanan kemudahan-kemudahan dan pangkalan TUDM. Pasukan ini dilengkapkan dengan misil antipesawat terbang Starburst untuk pertahanan jarak dekat bagi menangkis serangan kapal terbang.

[Sunting] PASKAU

Pasukan Paskau Anggota Elit Dalam Rejimen TUDM
Pasukan Paskau Anggota Elit Dalam Rejimen TUDM

Pasukan Khas Udara (PASKAU) ditubuhkan dalam tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pasukan yang ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pasukan ini berlainan dengan pasukan khas tentera darat dari Gerup Gerak Khas ataupun dengan pasukan PASKAL, khususnya dari segi peranan utama pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota rejimen TUDM yang dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team).

[Sunting] Pautan Luar

[Sunting] Rujukan

Perkakasan persendirian
Bahasa lain